Monday, 28 March 2016

TOK BELAGAK 
DARUL EMAS PERAK BERHAD (DEPB)

Siri 3

Kegagalan DEPB atau pelaburan emas yang Tok Belagak buat adalah kerana pelaburan itu berkait dalam RANTAIAN PELABUR ynag lain.

so dalam RANTAIAN PELABURAN itu , sekiranya seorang individu @ sykt gagala sekaligus memberi kesan kepada yang lain.






So dalam kes Tok Belagak, dia menyalahkan Samsul GCP kerana EMAS yang DPEB collect di PARK kepada Samsul GCP, ARBA, ZARA, Merak Biru dan lain-lain kawan-kawan rapat beliau.

So dlm cerita benarnya, Sifu Manipulasi nie pun PARKING kat orang lain. sama juga dgn Pengelola2 yang lain.

Sorang sangkut.. HABIS semua sangkut.

Di awal ERA EMAS ini, Samsul GCP dan Tok Belagak adalah BFF, namun sekarang MUSUH KETAT.

Kisah Samsul GCP nie akan ditulis siri lain.

TOK BELAGAK 
DARUL EMAS PERAK BERHAD (DEPB)

Siri 2

Pelaburan Emas yang ditawarkan oleh Tok Belagak

DELAY

Penipu akan tawarkan anda emas pada harga murah dari harga pasar sebagai tarikan untuk minat membeli kononnya menjalankan perniagaan menyimpan atau melabur emas.Selepas anda beli, ejen akan menawarkan hibah bulanan sekiranya anda setuju menyerahkan semula emas itu kepada mereka untuk disimpan.

Sehingga akan terjadi, sekilo emas ada dekat seratus orang pembeli. Sepatutnya mesti ada seratus kilo. Tapi emas tetap sekilo,ini cara skim penipuan emas geneva seperti unsur money game. Sebenarnya diaorang tak simpan pun. Emas tu akan dibawa kepada pelanggan lain pula utk ditunjuk konon2 untuk jual ler.

Bagaimana pun dengan syarat anda perlu membeli melebihi 10g sehingga 1killo emas dengan cara delay dalam tempoh antara  2 hingga 12 bulan. konon2nya emas yg anda beli di order dari kilang oleh itu kos upah murah & penghantarannya sangat lambat.  

Bila menghampiri tempoh matang, syarikat akan menghubungi anda dan menawarkan belian semula emas anda dengan lebih tinggi daripada harga belian anda atau menawarkan pulangan keuntungan hasil skim emas delay. Proses ini berterusan sehinggalah target kompeni tercapai. Mungkin RM10 juta

Untuk kabur mata rambang anda akan dijanjikan untung tetap bulanan yang dijamin konon2nya atau mengambil semula emas yang anda beli tapi agent akan nasihatkan anda bodoh la… jika tak labur lagi. Kalau anda setuju jual semula, emas tu akan dijual pula kepada orang lain dengan kaedah yang sama.

Dari mana datang untung? Wang yang anda bayar untuk beli emas selalunya akan dilaburkan dalam masa anda menunggu (delayed order). Selalunya masuk ke kompeni ah long atau pajak gadai kafir yang memberi pulangan tinggi.. yang haram la bukan Ar-rahnu punya.

ETA
ETA (Estimated Time Arrival/Harga Tangguh) adalah salah satu teknik yang sering disebut-sebut dapat memberi keuntungan kepada peniaga emas. ramai peniaga emas sebenarnya terkandas kerana kekurangan modal untuk menyimpan emas dan menjual pada skala besar, contohnya tidak banyak kedai emas dapat menjual lebih 1 kilo emas sehari, biasanya pada skalar besar 1-5 kilo sehari ini dilakukan oleh supplier & kilang emas dengan margin untung yang rendah, samada RM0.50/gram ataupun RM1/gram.

Dengan menggunakan ETA, peniaga emas dapat meminjam wang dari pembeli untuk tempoh masa tertentu bagi transaksi singkat samada harian atau mingguan dan pada masa yang sama memberi peluang kepada pembeli membeli emas pada harga jauh lebih murah.

Bagaimana proses membekal emas berlaku? peniaga emas biasanya mempunyai order dari pelanggan untuk dihantar, samada untuk tempahan harian kilo-kilo sehari atau untuk supply kepada kumpulan tertentu, biasanya pembekal emas berdaftar dengan MKS untuk mendapat harga murah dan kemudiannya menjual kedalam pasaran,

Bagaimanapun pada keadaan sekarang, pamp suisse boleh diperolehi dengan mudah dari tangan individu di fb pada harga lebih rendah.

Banyak program jual beli emas sekarang memerlukan pamp suisse, maka agent/sub-agent program memerlukan emas untuk urusniaga mereka, kekurangan masa agent-subagent untuk mencari emas yang murah menyebabkan mereka lebih berharap pada pembekal yang boleh memenuhi permintaan pelanggan,

Jadi disini banyak pihak yang tidak berlatarbelakangkan emas terlibat untuk membekal, dengan modal kurang, peniaga emas baru ini membuka kaedah ETA untuk menggunakan modal pembeli untuk menjana keuntungan transaksi harian dan pada masa yang sama memberi sedikit keuntungan kepada pembeli.

Simulasi Sebenar ETA : Ismail ingin membuat ETA 7 hari dengan 1 kilogram emas

(1) Ismail mempunyai modal RM150,000 untuk diniagakan dalam jual beli emas, langkah pertama Ismail perlu membeli emas dahulu. Jadi Ismail menghubungi Syarikat Hargaemas untuk membeli pada harga termurah contohnya RM130.00/gram, jadi jumlah semua sekali RM130,00.00 digunakan untuk membeli gold bar  100g pamp suisse x 10 keping

(2) Langkah kedua, ismail memajakkan emasnya didalam arrahnu dan mendapat pinjaman 70% sebanyak RM10,000 untuk setiap keping emas (rujukan harga Ar-rahnu 999 RM145/g, www.goldprice.my), jadi jumlah pinjaman yang diterima Ismail adalah RM100,000 untuk 10 keping emas pamp suisse

(3) Ismail membuka ETA tujuh pada harga RM125/g, maka ramai pembeli berminat dan membayarnya kedalam akaun Ismail Enterprise, jadi jumlah wang yang ada pada tangan ismail sekarang adalah RM245,000.00

  • Wang tunai belum digunakan : RM20,000
  • Wang Pinjaman dari Arrahnu: RM100,000
  • Wang diterima dari peserta ETA :RM125,000
(4) Untuk membuat keuntungan, Ismail menggunakan cash yang ada ditangannya untuk urusniaga jual beli emas yang cepat dalam masa 7 hari, Ismail mencari pamp-pamp suisse yang murah di forum-forum emas dan menjualnya dengan segera, dengan modal sebanyak RM245,000, Ismail dapat membeli maksimum 1.8kilo emas untuk setiap transaksi

(5) Katakan Ismail cuma mengambil untung RM1/g sahaja untuk setiap transaksi dan sehari cuma sempat urusniaga 1.8kilo sahaja emas, jadi Ismail berjaya  untung RM1800.00 sehari, jika 2 kali pusingan RM3600, atau 3 kali pusingan RM5400.00 untung dalam masa sehari

(6) Katakan dalam tempoh 7 hari itu Ismail berjaya melakukan transaksi 1.8kilo setiap hari, maka jumlah keuntungan diperolehi Ismail adalah RM1800 x 7kali bersamaan RM12,600.00 untung.

(7) Sampai masa 7 hari iaitu hari untuk pemulangan order ETA7 yang diterima, ismail mengeluarkan pamp dari arrahnu berjumlah RM100,000 + RM1080 (upah simpan) dan kemudiannya menyerahkan semua pamp tersebut kepada pembeli-pembeli yang menempahnya. Jom kira berapa keuntungan Ismail.

  • Jumlah wang Ismail pada hari terakhir urusniaga RM245,000 + RM12,600 = RM257,600
  • Jumlah wang dikeluarkan untuk menebus kembali emas dalam Ar-Rahnu RM101,080
  • Selepas serahan ETA7, jumlah wang Ismail menjadi RM156,520.00
  • Maka keuntungan bersih Ismail adalah RM6,520.00 dalam masa seminggu dengan hanya 1 pusingan transaksi dalam masa sehari (minimum)
Jika simulasi diatas diaplikasi kepada ETA14, ETA21 & ETA30, keuntungan adalah seperti berikut

Pemalar: (1) Pinjaman Arrahnu RM100,000  (2) Wang belum digunakan RM20,000 (3) Tebus barang dari Arrahnu RM101,080 (4) Untung transaksi harian RM1800/hari

  • ETA14  Wang diterima RM120,000.00 (RM120/gram) /  Untung transaksi RM25,200
  • Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM265,200.00,  maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM164,120 (untung RM14,120)
  • ETA21 Wang diterima RM115,000 (RM115/g) / Untung transaksi = RM37,800.00
  • Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM272,800, maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM171,720 (untung RM21,720)
  • ETA30 Wang diterima RM105,00 (RM105/g) / Untung transaksi = RM54,000
  • Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM279,000, maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM177,920 (untung RM27,920.00)

KONTRA

Knp ad yg panggil plburan trutama kntra..adkah krna bagi 4500 dapat 2k slama 5bln..ni jual bli..bkn plburan..meh den crita.. Fahamkan situasi ni... Jgn smpai ada yg ttup kntra sdh sbb xnk org slh anggap jual bli kpd plbran..ni JUAL BELI. Fahamkan situasi..

Situasi A:

Den ada seketul emas.... Den jualkan kpda loeded8.. Then bersetuju menjual emas then dgn hrga 20k dan debp stuju mnerimanya. Dengan BAYARAN MUKA(CASHBACK) sebanyak 10k dan byran scra ansuran sbnyak 2k slma 5bln.

den akan dapat duit cshbck ots 10k... Den masuk poket den sebb den pnya barang den jual.so 10k dpt kat den lah.. CARA INI ADALAH PERSEORANGAN.

Situasi B:

Den ada seketul pamp.. Atau then ada 10k... Ok... Then tnya sapa nk jdi rkan kngsi dgn den..bgi 4500...then bgi 2k slma 5bln... Den keluarkan modal 1pamp/10k... Anda kluarkan 4500..

A) situasi pamp--> den ad 4500 dan den ad pamp... Den jualkan pamp seperti situasi A... Den dpt duit mka atau cshbck 10k den ambil kt den... 10k + 4500( duit rkan kngsi) = 14500 ..den bli pamp den semula.. Pamp dlm 13500 cnthnya.. Den untung 1k... Anda plak... Untuk 2k sbnyak 5bln.. 10k-4.5k = 5.5k untung anda... Anda n rakan kngsi anda dpt untung.tiada pnindasan.. Adil dn saksama.. Jgn kta uit...dyrng ambil untung srbu...dh korg ambil untung 5k lbh ok lak..

B) den sediakan modal 10k... Den cri rakan kngsi yg nk bg modal 4.5k.. Dpt 14500... Den ambil 1k sbgai untung den... 13500 den g bli readystck dgn org lain... So..kita ad pamp...then jual blik pamp kat loedes...dpt 10k ots ... Den msuk poket den.den ad kat poket 11k n untung 1k... Anda lak ambil 2k slama 5bln.. 5k lbh untung anda..

Ksimplannya... Situasi A dan Situasi B adlah sama...
Bezanya A anda SEORANG.. B pula anda DUA ORG...

LOADED

Modal RM14000

---> RM9400 masuk program eta30 loeded7 dengan wakalah yang ada logo tu
---> RM14000-RM9400=Rm4600(baki anda)
---> cari RM4800 (kontra dengan kawan2 andalah) lagi untuk masuk kali kedua
----> selepas 37 hari dari hari beli eta30 loeded7 (terima cashback RM20200)
---> Rm10100 petama adalah bahagian anda leh (RM1230/bln x 10 = 12300)
----> Rm10100 kedua tadi agihkan dengan kawan anda..
Contoh kau keluarkan modal untuk kontra Rm4600..

Kau ambil untung ats kontra sebnyak Rm2400..

So cashback anda adlh Rm7000...

Selebihnya ::

rm10100-rm7000 = Rm3100(bahagian geng kontra anda) + (Rm1230/bln x 10 = Rm12300) pon bagi kan rakan kontra anda semua

Kelebihan anda::

(modal Rm14000)1) menerima cashback Rm10100+Rm7000 =Rm17700. (Tmbah skit blh beli eta30 200g.2) menerima rm1230/bln x 10 = Rm1230.

Modal rm14000-Rm17700=Rm3700(alamak..ni bukan modal dah..ni untung..So modal korang xad..untung Rm3700 je ada)

Kelebihan Rakan kontra anda::

(Rm4800)1) dapat cashback Rm31002) dapan Rm1230/bln x 10 = Rm12300*modal Rm4800-Rm3100=Rm1700

Kepada yg buat kontra mcm ni.. Jangan ambillah cashback sampai Rm20200 semua sekali.. Buatlah kontra pon ada cshbck.. N jgn lah ambil bulan2 dengan rakan kongsi kontra tu.. Kntra kbnyakan plajar mcm aku.. Bagi lah rasa sedikit sebnyak cashback n bulanan.. Sama2 untung..xad berat sebelah.. Kan sedap main..

TOK BELAGAK 
DARUL EMAS PERAK BERHAD (DEPB)

Siri 1

Nama besar dalam Pelaburan Emas dibawah nama syarikat Darul Emas Perak Berhad (DEPB).
Nama sebenar Hanaruddin Baharuddin. Namun yang peliknya tiada nama tok belagak nie didalam SSM.


Isteri TB dan anak TB adalah director sykt tersebut

Selain itu, Tok Belagak juga dikenali sebagai Sifu Manipulator Emas. Dia juga mempunyai Agen (Wakalah) hampir beratus di SELURUH MALAYSIA termasuk SABAH dan SARAWAK.

HEBAT KAN.


Tngok bape ramai wakalah dia. Seorang Wakalah berfungis sebagai agent utk menarik orang ramai dgn pelaburan emas yang dicipta oleh Tok Belagak.

Seorang Wakalah mampu menarik pelaburan Minimum 1KG Emas bersamaan RM 148 Ribu sehingga Jutaaan Ringgit.

Syarat utk menjadi Agen (wakalah DEPB) adalah 1 KG emas. Xde 1kg emas ANDA TIDAK LAYAK !!

Secara purata 1 ORANG AGENT menarik pelaburan dari umum 1 juta ke 20 juta.
Ingat ini utk seorang Agent (Wakalah)

bape byk Tok Belagak nie TARIK DUIT. Majoriti 100% semua orang melayu.

saya kehilangan almost RM 300 ribu kepada salah seorang Wakalah DEPB dibawah nama SKJ Gold Enterprise.

saya akan bentangkan info SKJ GOLD nie disiri lain.




Pelaburan Emas 
Pelaburan Emas adalah satu pelaburan yang bijak. Namun pelaburan emas ini adalah PELABURAN JANGKA PANJANG. Bukan beli hari nie, esok jual. CONFIRM tak untung.

Sebab Emas ada susut nilai. Seluruh Malaysia gunakan prinsip yang sama. Sebabnya, ada HARGA EMAS BARU dan HARGA EMAS USED.

Emas juga adalah KOMODITI PRICE. Ada Turun dan Naik.

Pelaburan Emas yang BETUL, adalah BELI pada HARGA RENDAH, simpan dalam tempoh waktu setahun dua.. dan JUAL.

INI ADALAH PELABURAN EMAS YANG SEBENAR.

namun KISAH EMAS DAN SAYA, membri kesan yang mendalam dan SATU PENGALAMAN HIDUP yang mengubah segala-galanya.

bersambung...